fbpx

Anak boleh saman bapa jika tak bayar nafkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keengganan bapa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemberi nafkah boleh mendatangkan kemudaratan sehingga boleh di saman anak-anak sendiri di mahkamah.

Menurut peguam syariah dan pusaka, Shazril Khairy Mustafa, untuk menyelesaikan isu bapa yang lari dari tanggungjawab itu boleh dimulakan dengan saman dan pernyataan tuntutan.

“Anak lelaki boleh terus saman bapa dengan alasan menyambung pengajian ijazah pertama.

“Manakala anak perempuan pula boleh saman untuk menuntut nafkah anak sehingga dia berkahwin,” kongsinya dalam satu hantaran.

Jelas Shazril, tuntutan nafkah itu termasuk makan, minum, pakaian, perbelanjaan dan pengajian anak-anak. Ia juga perlu difailkan di tempat mereka bermastautin.

“Keingkaran bapa tersebut untuk memberi kerjasama boleh dikenakan hukuman penjara kerana ia dianggap sebagai hutang yang perlu dilunaskan,” tambahnya.

Rentetan itu, ramai pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman yang perit dalam berurusan dengan bekas pasangan untuk mendapatkan pemberian nafkah yang adil.

“Lapan tahun saya bergelar ibu tunggal, bekas suami tak pernah bagi nafkah untuk anak-anak. Tuntut mahkamah pun tidak jadi apa. Biar dia jawab dekat akhirat kelak,” kata seorang pengguna.

Turut meninggalkan komen ialah Anum yang sudah serik dengan perangai bekas suaminya yang langusng tidak endah untuk menjalankan tanggungjawab hakiki sebagai seorang bapa.

“Malas nak tuntut, nanti saya yang serabut jika dia tak bayar. Masa kahwin dulu pun dia tak hulur duit. Makan minum anak pun duit saya,” keluhnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI