fbpx

453 fasiliti kesihatan untuk persediaan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR.ZALEHA MUSTAFA (tiga dari kiri) mendengar taklimat ketika lawatan kerja di Klinik Kesihatan Chemomoi di Bentong, hari ini.

BENTONG – Kementerian Kesihatan bertindak proaktif menyediakan pelan sokongan dengan menyediakan 453 fasiliti kesihatan sekiranya klinik dan pusat kesihatan lain berhadapan bencana banjir.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihaknya telah mengenal pasti 552 kawasan di seluruh negara yang berkemungkinan berisiko untuk dilanda banjir yang dijangka pada penghujung tahun ini.

“Kalau betul-betul banjir, kita sudah ada persediaan klinik untuk mengambil alih tugasan daripada klinik tersebut.

“Secara keseluruhannya persediaan banjir, rasanya kita lebih bersedia dan persediaan itu ada pelbagai,” katanya selepas melakukan tinjauan di Klinik Kesihatan Chemomoi di sini hari ini.

Menurut Dr. Zaliha, pihaknya juga membuat persediaan melibatkan penyediaan perkhidmatan rawatan dan psikologi kepada mangsa-mangsa banjir.

Selain itu beliau memberitahu, Kementerian Kesihatan juga bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai agensi pusat dalam berhadapan kemungkinan bencana banjir.

“Di peringkat negeri kita ada bekerjasama dengan jawatankuasa bencana negeri dan daerah dan di situ ada melakukan simulasi, setakat ini memang kita telah bersedia,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti 28 projek sakit di seluruh negara yang sedang dipantau.

Tegasnya, pihaknya akan menamatkan khidmat kontraktor terbabit jika mereka tidak menunjukkan kemajuan dalam projek tersebut.

“Ada projek-projek kita ada yang dalam perhatian Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kita minta sama ada JKR boleh meneruskan atau tidak, kalau tidak kita akan ‘terminate’ kontraktor yang tidak menunjukkan ‘progres’ kepada kerja-kerja mereka,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI