fbpx

409,172 hektar kebun getah tidak bertoreh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGERUSI Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Muhamad Akmal Saleh (tengah) dan Noor Azan Mohd. Noor (dua dari kiri) bersama penerima geran Risda di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. - Foto SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) merangka pelbagai inisiatif dan bantuan bagi memajukan semula kira-kira 409,172 hektar kebun getah tidak bertoreh melibatkan 221,859 pekebun kecil di seluruh negara.

Pengarah Bahagian Produktiviti dan Pemasaran Risda, Noor Azan Mohd. Noor berkata, antaranya melalui Kempen Gerakan Peningkatan Produktiviti Getah (GPPG) dan Konvensyen Amalan Pertanian Baik (GAP) sekali gus menarik minat semula pekebun kecil mengusahakan kebun getah yang tidak bertoreh.

Melalui usaha itu katanya, Risda berjaya mengurangkan sebanyak 20 peratus setiap tahun antara 50,000 hingga 80,000 hektar kebun-kebun matang terbiar dan tidak bertoreh diusahakan semula pekebun kecil.

“Sejak tahun 2020 hingga 2022 kita dapat mengurangkan keluasan kebun getah tidak bertoreh dan tahun ini keadaan menjadi lebih stabil.

“Usaha ini amat penting kerana Risda menyasarkan pendapatan pekebun kecil memperoleh sebanyak RM4,500 sebulan sekeluarga berbanding RM3,900 menjelang akhir 2025,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Kempen GPPG dan GAP anjuran Risda Melaka di sini, semalam.

Tambah Noor Azan, Risda menawarkan pelbagai program dan bantuan seperti Program Tanam Semula, Bantuan Tanam Semula Berkelompok (TSB), Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET), Program Agro Makanan dan banyak lagi.

Menurutnya, bagi tahun ini peruntukan sebanyak RM9,270,509 telah disalurkan bagi membiayai program-program tersebut.

“Setakat awal bulan ini hanya RM6,870,460.15 telah dibelanjakan dan masih berbaki untuk dilaksanakan sehingga akhir tahun ini,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI