fbpx

3 lelaki ditahan selepas tular video Derhaka Ibu bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar di media sosial seorang aktivis selepas laporan dibuat di Balai Polis Teluk Kemang, di sini, malam tadi.

PORT DICKSON – Tiga lelaki berusia 17 hingga 29 tahun ditangkap polis bagi membantu siasatan berhubung kes video tular bertajuk “Derhaka Ibu” bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, mereka ditahan selepas soal siasat dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, pada pukul 6.30 petang semalam.

Menurutnya, hasil semakan rekod jenayah lampau dapati kesemua mereka itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing juga negatif.

“Mereka juga dibawa reman selama empat hari bermula hari ini hingga 9 Oktober ini,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelas Aidi Sham lagi, polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan dengan memanggil beberapa saksi untuk membantu siasatan sebelum merujuk kepada pihak Pendakwaan Negeri Sembilan untuk arahan lanjut.

Menurutnya, polis sudah membuka satu kertas siasatan berkaitan insiden terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI