fbpx

20 peserta INTAN-IPR bakal terima pendapatan RM2,300 sebulan – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek Fasa 1 INTAN-IPR di Putrajaya.

PETALING JAYA – Seramai 20 peserta Fasa 1 projek Inisiatif Usahawan Tani (INTAN-IPR) di Putrajaya dijangka menerima pendapatan bulanan sekitar RM2,300.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, bagi Fasa 1, projek tersebut melibatkan tanaman cili fertigasi di tanah berkeluasan kira-kira 4 hektar.

“Kerjasama ini turut membabitkan Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat.

“Fasa 1, kita mulakan dengan tanaman cili fertigasi di tanah keluasan 10 ekar. Seramai 20 peserta dilibatkan untuk mengendalikan 40,000 polibeg cili.

“Jangkaan hasil sebanyak 100 tan metrik yang akan beri pulangan sekitar RM2,300 sebulan kepada setiap peserta,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Rafizi pada Jun lalu memaklumkan, Kementerian Ekonomi akan melaksanakan projek pertanian dan pemakanan membabitkan 1,000 ekar pertama di bawah INTAN.

Beliau dipetik berkata, projek itu dikendalikan sebagai satu daripada program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

Kata beliau, kira-kira 4,000 peserta di bawah INTAN dijangka menerima plot tanah seluas kira-kira suku atau setengah ekar setiap seorang.

“Semoga peserta INTAN dapat menuai hasil yang lumayan dan dapat mengubah kehidupan dengan lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI