fbpx

1,457 saman dikeluarkan kepada kenderaan perdagangan di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adenan (kiri) memeriksa kenderaan muatan berat dalam operasi di Plaza Tol Sungai Dua di sini, malam tadi. Foto IQBAL HAMDAN/Kosmo!

SEBERANG PERAI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 1,457 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dalam Ops Khas Bersepadu Kenderaan Perdagangan di Tol Sungai Dua arah Selatan di sini, malam tadi.

Pengarahnya, Adenan Md Isa berkata, dalam tempoh terbabit, sebanyak 2,907 kenderaan telah diperiksa dan daripada jumlah terbabit, sebanyak 390 kenderaan lebih muatan dikenakan tindakan.

“Dalam pemeriksaan itu, pelbagai kesalahan dikesan antaranya membawa barangan lebih muatan dan kesalahan teknikal seperti masalah brek, tidak selenggara tayar dan lampu isyarat tidak berfungsi.

“Masih ramai pemandu dan pengusaha tidak mematuhi peraturan ditetapkan dan kali ini tindakan tegas diambil iaitu kita sita kenderaan yang membawa muatan berlebihan.

“Justeru, tindakan diambil di bawah Seksyen 57(1) (b) (iv) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan Seksyen 80 (Akta 715),” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, malam tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI