fbpx

Sibuk kerja komuniti tak halang berjaya akademik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR SYAZWIN (tengah) menerima piala dan cek replika daripada Rozali pada Majlis Konvokesyen PSIS kali-17 di Sabak Bernam semalam.

SABAK BERNAM – Biarpun agak terkejut namanya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tan Sri Rozali pada konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) kali-17 di sini semalam, namun Nur Syazwin Mohamed Rizal, 22, tetap bersyukur kerana kerja keras yang diusahakannya selama ini membuahkan hasil.

Graduan Jabatan Pelanco­ngan dan Hospital itu berkata, sepanjang pengajiannya di situ, dia sentiasa sibuk bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi turut terlibat dalam kerja-kerja komuniti dan kepimpinan.

“Bagi membolehkan saya membahagikan masa dalam akademik dan kepimpinan, saya terpaksa membuat pengurusan masa yang betul agar pembelajaran tidak terganggu, “ katanya yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif CGPA 3.74.

Katanya, kejayaan itu dihadiahkan kepada ibunya, Nur Sabrina Chua Abdullah, 55 dan bapanya, Mohamed Rizal Mohd. Tayab, 54, yang merupakan Ke­tua Penolong Pengarah (Pendidikan Masyarakat) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya akan menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Teknologi Keselamatan dan Kualiti Makanan di Universiti Kuala Lumpur-MICET, Melaka pada minggu depan,” katanya yang menerima piala pusingan, sijil dan wang tunai RM3,000 tajaan Puncak Niaga Holding Berhad.

Sementara itu, Pengarah PSIS, Mohamad Yusof Sulaiman menegaskan, sebanyak 98 peratus lepasan pelajar PSIS tahun lalu telah berjaya mendapat pekerjaan.

“Ini satu angka yang membanggakan dengan PSIS sentiasa memastikan kualiti program pe­ngajian ditawarkan kekal berada di tahap yang tinggi bersesuaian keperluan masa kini,” katanya.

Dalam pada itu, rakan Nur ­Syazwin yang menghitung hari untuk bersalin tetap bersema­ngat hadir menerima diploma pada konvokesyen tersebut.

Nurul Aliza Rosli, 22, berkata, dia sangat teruja selepas berhempas pulas selama tiga tahun menuntut dalam pe­ngajian Diploma Perkhidmatan Amalan Makanan Halal.
Anak sulung daripada empat beradik itu bagaimanapun ­mengakui, ibu bapa dan suaminya, Mohd. Saiful Azlisyam Rosli, 23, risau sekiranya terjadi apa-apa pada kandungan itu.

“Ini merupakan anak pertama dan setiap hari saya berkomunikasi dengannya agar membenarkan ibu (panggilan diri sendiri) sempat mengambil skrol di atas pentas.

“Saya pun bimbang sebenar­nya disebabkan tempoh kan­dungan telah cukup dan bila-bila masa sahaja boleh bersalin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI