fbpx

Sendat, ‘mantap’ pula baju Kilafairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA Kilafairy ketika menghadiri acara pelancaran produk wangian di luar negara baru-baru ini dikrirtik terlalu ketat pada bahagian punggung.

SEKALI lagi nama pelakon Kilafairy meledak gara-gara pemakaiannya yang dikatakan kurang sesuai dengan imej sebagai wanita bertudung.

Terbaharu, anak kepada Allahyarham Rohana Jalil itu meraih perhatian ketika menghadiri pelancaran haruman wanita yang berlangsung di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

Menerusi video dikongsi dalam laman sosialnya, ada dalam kalangan netizen menegur baju digayakannya yang agak sendat terutama pada bahagian punggung.

Pada majlis yang dihadiri ramai selebriti terkenal itu, Kilafairy, 31, mengenakan blaus diacu dengan skirt labuh rona hitam, lengkap tudung warna serupa.

Begitupun, masih ramai pengikut setia aktres itu memuji gayanya yang didakwa penuh ‘class’.

Pada pihak Kilafairy pula, seakan-akan enggan mengambil kisah terhadap kritikan dan bertindak tidak membalas sebarang komen.

Sebelum ini, pemilihan persalinannya memang kerap dijadikan bahan perdebatan ramai, tetapi tetap tidak menjadi kudis kepadanya.

Mizz Lahar: Siapa agak-agaknya selebriti yang takut gambar ‘shirtless’ dibocorkan kepada orang ramai tu?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI