fbpx

Remaja maut motosikal terbabas masuk longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG remaja maut apabila motosikal ditunggangi terbabas ke dalam longkang di Kampung Sawah Baru, Labis, Segamag petang semalam.

SEGAMAT – Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditunggang terbabas ke dalam longkang di Jalan Kampung Sawah Baru, Labis, di sini lewat petang semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBB) Labis, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhammad Hafifie Md. Sarif, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.06 petang mengenai kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 telah terbabas ke dalam longkang di tepi jalan.

“Terdapat seorang mangsa yang tidak tersepit berada dalam longkang tersebut dan berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Mangsa dikenal pasti sebagai Muhamad Haziq Fauzan Rosaidil, 15, disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),”katanya ketika ditemui di BBP Labis semalam.

Tambah Muhammad Hafifie, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal berusia 15 tahun dari arah Pekan Labis menghala ke arah Kampung Sawah Baru Labis (arah Segamat).

“Sejurus sampai di lokasi, mangsa telah gagal mengawal motosikalnya lalu telah terbabas ke tepi bahu jalan,”katanya.

Pihak polis Daerah Segamat memohon kepada saksi awam yang mempunyai maklumat bersabit kes tersebut untuk tampil menyalurkan maklumat kepada IPD Segamat di talian 079325811 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI