fbpx

Ramai akui masalah kewangan punca kesihatan mental merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Dibelenggu masalah kewangan yang meruncing ketika kos sara hidup yang semakin meningkat merupakan antara punca kesihatan mental rakyat Malaysia merosot.

Menerusi tinjauan dalam talian yang dikeluarkan Public Health Malaysia, hampir 2,000 pengguna bersetuju bahawa masalah kewangan yang dialami mereka sekarang telah menjejaskan tahap mental.

“Ia realiti kebanyakan yang dialami rakyat sekarang ini. Ia berpunca daripada masalah kewangan dan memberi impak kepada masalah kesihatan mental mereka,” ujar Jane.

Turut bersetuju dengan kenyataan itu ialah Vaska Aturon yang mengakui keadaan kewangan inidvidu yang lemah boleh menjejaskan mental.

“Memang betul duit tidak boleh selesaikan semua masalah, tetapi hampir semua masalah boleh diselesaikan kalau ada duit,” katanya.

Dalam pada itu, persekitaran tempat kerja toksik dan tekanan kerja yang bertimbun juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah berkenaan.

Jelas Mike Alsiaki, penggunaan aplikasi seperti WhatsApp telah disalah guna oleh majikan hingga ada yang ‘dicari’ sehingga lewat malam untuk urusan kerja.

“Zaman sekarang, kerja bukan setakat pukul 8 pagi hingga 5 petang sahaja, lebih teruk lagi WhatsApp atau seumpama digunakan tanpa limit masa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI