fbpx

Petugas khas semak data, kandungan kimia beras di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhamad Akmal.

MELAKA – Kandungan kimia asas pada beras akan diperiksa oleh pasukan petugas khas di negeri ini bagi memastikan pihak kartel beras tidak berani melakukan tindakan sesuka hati yang boleh membebankan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, penguatkuasaan yang tegas juga akan dilakukan dengan memeriksa data kemasukan beras yang diterima.

Katanya, beliau telah mengarahkan semua pegawai terlibat untuk lebih proaktif dalam menangani permasalahan rakyat khususnya melibatkan komoditi penting itu.

“Kita memang tegas dalam soal penguatkuasaan. Saya telah mengarahkan semua pegawai terlibat untuk buat pemeriksaan tentang data kemasukan beras dan memeriksa sama ada beras yang ada, berapa kandungan kimia asasnya serta lain-lain.

“Kita kena tunjukkan kita sentiasa menguatkuasakan undang-undang yang ada supaya kartel-kartel beras ini tidak berani untuk buat sembarangan,” katanya dalam program ‘Apa Kabau YB’ di sini, hari ini.

Tambah Muhamad Akmal, pasukan petugas khas yang ditubuhkan awal bulan lalu sudah menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang berhubung kawalan serta kemasukan beras ke Melaka.

Menurutnya, antara peranan pasukan itu adalah memantau stok beras dan melakukan persediaan awal bekalan makanan itu untuk tempoh beberapa bulan ke hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI