fbpx

Peraduan ‘Beli Cuckoo Menang Kondo’ dilanjutkan, hadiah meningkat RM3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kian Choon (tiga dari kiri) bersama Duta Cuckoo, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada majlis sambutan ulang tahun ke-9 Cuckoo International di Kuching, Sarawak semalam.

PETALING JAYA – Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd. (Cuckoo International) melanjutkan Peraduan ‘Beli Cuckoo Menang Kondo’ bermula 1 Oktober lalu hingga 31 Disember depan sempena sambutan ulang tahun kesembilan syarikat tersebut.

Lebih menarik, hadiah yang ditawarkan juga meningkat daripada RM2 juta sebelum ini kepada RM3 juta pada edisi kali ini.

Cuckoo International berkata, peraduan itu juga menyaksikan pelbagai hadiah menarik baharu ditawarkan termasuk 90 hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 (naik daripada RM1,000 sebelum ini dan ditawarkan secara eksklusif untuk pelanggan sedia ada sahaja).

Hadiah lain termasuklah tiga unit Tesla Model 3, tiga buah kereta Proton Saga dan tiga unit Pangsapuri Servis EXSIM D’Terra.

Sementara itu, cabutan hadiah kini akan diadakan setiap bulan dan bukan setiap dua minggu seperti sebelum ini.

Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International, Hoe Kian Choon berkata, selain melanjutkan peraduan terbesar itu, pihaknya turut melancarkan dua produk kediaman sihat yang berinovasi semasa sambutan di Kuching, Sarawak semalam.

Kian Choon tengah bergambar bersama dua produk baharu Cuckoo yang dilancarkan pada sambutan ulang tahun ke-9 Cuckoo International di Kuching, Sarawak semalam

Sambutan ulang tahun tersebut dihoskan oleh Nabil Ahmad dan turut dihadiri duta jenamanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Jelasnya, produk baharu tersebut adalah penapis air Cuckoo Grande iaitu model tangki pertama dengan air 100 darjah selsius yang direka khas untuk rakyat Malaysia.

“Penapis air itu bukan sahaja berkapasiti padat dengan pelbagai fungsi tetapi mempunyai reka bentuk minimalis agar sesuai dengan setiap kediaman.

“Ia juga mampu mensterilkan paip dengan air pada suhu 100 darjah selsius, menyingkirkan 99.9 peratus bakteria,”,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, produk kedua yang turut dilancarkan pada majlis itu adalah penapis udara Cuckoo U Model.

Ujarnya, penapis udara tersebut lengkap dengan penyerapan 360 darjah dan liputan yang tiada tandingan sehingga 1,161 kaki persegi serta sesuai untuk penggunaan komersial.

“Penapis udara ini juga dilengkapi dengan penapis Ultra-Deo HEPA+, membolehkan ia menapis sehingga 99.995 peratus bakteria dan virus di udara, selain disalut dengan tembaga sulfida yang memberikan penapis udara ciri antivirus, antibakteria dan antikulat,”jelasnya.

Mengulas lanjut, Kian Choon berkata, pelancaran dua produk yang berevolusi itu menjadi bukti komitmen yang tidak berbelah bahagi pihaknya untuk meningkatkan lagi standard produk kediaman sihat.

“Kami percaya bahawa produk-produk ini akan menyediakan cara yang lebih bijak dan lebih mudah supaya pelanggan dapat menerapkan kesejahteraan ke dalam kediaman mereka.

“Sudah tentu, kami yakin bahawa ia juga akan akan meletakkan kami pada trajektori pertumbuhan yang betul ke arah matlamat kami sebagai jenama pencipta kediaman sihat (Healthy Home Creator) nombor 1 di Asia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI