fbpx

Penyeludup beras Siam kini susah cari makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pangkalan haram Kebun di Tumpat menjadi salah satu lokasi penyeludupan membawa masuk beras dari Thailand.

KOTA BHARU – Kegiatan penyeludupan beras dari negara jiran berkurangan berikutan kawalan ketat di sempadan ekoran krisis makanan asas yang hangat diperkatakan sejak sebulan lalu.

Pendapatan penyeludup mula terjejas apabila pihak berkuasa memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand.

Seorang penyeludup yang dikenali Nasir, 48, berkata, pendapatannya kini terjejas kerana harga beras Siam meningkat sejak sebulan lalu.

Menurutnya, sebelum ini dia boleh membawa masuk sehingga 50 guni untuk satu-satu masa tetapi kini sudah berkurangan.

“Setiap hari saya boleh membawa antara 20 hingga 25 guni untuk satu masa dan kini pendapatan saya terjejas teruk.

“Ekoran itu, saya terpaksa menjual beras Siam dengan harga yang mahal untuk mendapat keuntungan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Nasir berkata, beras Siam kini kurang mendapat sambutan ke­rana harga sangat mahal, malah orang ramai kebanyakannya membeli beras tempatan kerana har­ganya lebih murah.

“Sekarang harga beras Siam untuk lima kilogram (kg) mence­cah sehingga RM20 berbanding sebelum ini RM16. Kemungkinan akan berlaku lambakan beras Siam kerana orang Malaysia tidak mampu membelinya kerana harganya mahal.

“Saya lihat aktiviti seludup beras di sempadan sudah berkurangan kerana kawalan oleh pihak berkuasa mula diperketatkan di sempadan negara.

“Lagi pula, penyeludup sudah takut untuk menjalankan kegiatan penyeludupan kerana bimbang ditahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI