fbpx

Peminat JDT bakal menikmati bebola daging IKEA di stadium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VATUIU (kanan) bersama Bakker (dua kanan) menyerahkan jersi IKEA dan TOPPEN kepada Alistair Edwards pada Majlis Pelancaran Kolaberasi antara JDT dan Ikea Tebrau dan Toppen di Ibu Pejabat JDT, Iskandar Puteri hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan empayarnya dengan menjalinkan kerjasama dengan IKEA Tebrau dan pusat beli-belah Toppen.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards berkata, kerjasama dimeterai selama tiga tahun itu membolehkan peminat setia Harimau Selatan mendapat manfaat sama ada di Stadium Sultan Ibrahim mahupun di pusat beli-belah tersebut.

Katanya, kerjasama bernilai jutaan ringgit ini bertujuan menyemarakkan minat terhadap bola sepak dan memperkukuh hubungan komuniti dalam persekitaran suasana bola sepak yang berkembang pesat di Johor.

“JDT berasa gembira untuk bekerjasama dengan IKEA Tebrau dan Toppen dalam misi bersama kami dalam menyatupadukan komuniti menerusi kuasa sukan.

“Kerjasama ini bukan hanya mengenai perlawanan sukan, malah juga mengenai usaha mencipta rasa kekitaan dan keterujaan untuk para peminat kami,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JDT, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Unit Komersial JDT, Kevin Ramalingam, Pengurus Kedai IKEA Tebrau Tony Vatuiu dan Pengarah Komersial Ikano Centers, Arnoud Bakker.

Sementara itu, Bakker berkata, menerusi kerjasama itu, Toppen akan membuka rumah kelab peminat JDT di atas bumbung terbuka pusat beli-belah itu, The Topp pada tahun depan.

Katanya, rumah kelab itu turut menyediakan kedai menjual barang dagangan JDT dan ruangan khas yang mampu memuatkan 4,000 penonton bagi menyaksikan siaran langsung semua perlawanan ‘away’ JDT di skrin gergasi.

Manakala, Vatuiu pula menegaskan pihaknya sedang memuktamadkan konsep unik dalam Stadium Sultan Ibrahim (SSI) serta menawarkan peluang kepada penyokong JDT untuk menikmati makanan IKEA sambil menyelami inspirasi kelengkapan rumah.

“Komponen lain dalam kolaborasi itu termasuk reka bentuk IKEA untuk perniagaan yang membabitkan semua kawasan penting di Stadium Sultan Ibrahim dan promosi khas buat penyokong JDT yang berbelanja di IKEA Tebrau,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI