fbpx

Pemandu treler maut kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan treler yang terlibat kemalangan berhampiran sebuah stesen minyak di Pulau Indah, awal pagi tadi.

KLANG – Seorang pemandu treler maut manakala dua parah dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di Pulau Indah, awal pagi tadi.

Mangsa dikenali Mohd. Saiful Aizat Muhamad Nor berusia 29 tahun maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, berdasarkan maklumat awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler, lori dan pacuan empat roda.

Katanya, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.24 pagi.

Keadaan mangsa yang maut dalam kemalangan berhampiran sebuah stesen minyak di Pulau Indah, awal pagi tadi.

“Pemandu treler yang merupakan seorang lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.

“Manakala pemandu dan kelindan lori yang parah juga di bahagian sama telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan bomba,” katanya hari ini.

Jelas beliau, seorang lagi pemandu pacuan empat roda tiada di lokasi kejadian difahamkan telah menuju ke balai polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI