fbpx

Malaysian Tigress sasar penamat terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD hoki wanita sedia menjadikan perlawanan tempat kelima sebagai sasaran bagi membolehkan Malaysia melangkah ke kelayakan akhir Sukan Olimpik Paris 2024.

SKUAD hoki wanita kebangsaan menggalas misi penting menjelang aksi penentuan tempat kelima dan keenam Sukan Asia Hangzhou 2022 menentang Thailand pada perlawanan yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Selepas gagal melayakkan diri ke separuh akhir, anak-anak buah Nasihin Nubli Ibrahim itu menjadikan perlawanan tempat kelima sebagai sasaran bagi membolehkan Malaysia melangkah ke kelayakan akhir Sukan Olim­pik Paris 2024.

Nasihin berkata, barisan pemainnya akan menggunakan tempoh rehat dengan sebaiknya bagi melakukan persiapan rapi bagi memastikan Malaysian Tig­ress ‘mengaum’ garang pada perlawanan itu nanti.

“Bagi aksi penentuan kedudukan tempat kelima dan keenam, kami akan beraksi menentang Thailand dan saya percaya kami sudah bersedia sepenuhnya untuk bertemu mereka. Kami akan gunakan tiga hari yang ada sebaik mungkin.

“Kami akan merangka strategi terbaik bagi memastikan kita meraih kemenangan selesa. Setiap pemain sedar bahawa tugas masih belum selesai dan mereka berikan aksi terbaik untuk tamatkan saingan di tangga kelima,” katanya.

Malaysia terpaksa akur tewas 0-5 kepada Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan A yang menyaksikan Malaysian Tigress menamatkan aksi pe­ringkat kumpulan di tempat ketiga.

Nasihin mengakui, Korea membuktikan mereka layak berada di kedudukan ke-12 dunia selain menjelaskan, kecederaan yang menimpa Nuramirah Shakirah Zulkifli sedikit merencatkan perancangan beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI