fbpx

Hanya lelaki lemah pukul wanita – Lufya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUFYA menegaskan tugas lelaki adalah melindungi dan mendidik wanita, bukan menggunakan kekerasan.

PELAKON dan penyanyi, Lufya Omar menyifatkan suami yang memukul isteri sebagai lelaki lemah.

Perkara itu disuarakan Lufya menerusi komen yang ditinggalkan pada sebuah video pelakon,  Hafidz Roshdi hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, untuk sebutan semula kes mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada, semalam.

“Lelaki yang angkat tangan kepada perempuan itu lemah! Lemah selemah-lemahnya. Tugas anda untuk melindungi wanita, mendidik dan menyediakan keperluan isteri.

“Melainkan parut di muka bekas (isteri) itu disebabkan terlanggar dinding. Jadi itu tidak mengapa,” tulisnya.

Dalam komen itu juga, Lufya atau nama lengkapnya Lutfyah Sheikh Omar, 38, turut meninggalkan emoji sedih, seolah-olah memberi gambaran dirinya juga terkesan jika seorang lelaki bertindak sedemikan terhadap wanita.

TANGKAP layar komen Lufya yang tidak bersetuju dengan perbuatan lelaki memukul wanita. 

Komen Lufya itu turut mendapat reaksi netizen apabila rata-rata bersetuju dengan pandangan yang disuarakannya.

“Betul. Macam orang tidak ada iman. Sanggup pukul isteri sampai cedera,” kata seorang netizen.

“Ayah kita bagi anaknya bukan untuk dilanyak-lanyak (dipukul),” kata seorang lagi pengguna media sosial.

“Parut itu akan meninggalkan satu kesan abadi,” kata seorang lagi netizen.

Semalam, mahkamah menetapkan 6 dan 7 Februari 2024 sebagai tarikh perbicaraan kes pelakon Hafidz Roshdi atas dakwaan mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada pada Mac lalu.

Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai majistret menetapkan tarikh perbicaraan selama dua hari itu ketika kes berkenaan disebut semula di hadapannya semalam yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Asmaa’ Zamri dan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Hafidz.

Menurut Akberdin, pihaknya sudah mengemukakan representasi terhadap pejabat Timbalan Pendakwa Raya iaitu bagi menggugurkan pertuduhan terhadap anak guamnya pada 28 September selepas menerima laporan perubatan aktor tersebut dari Hospital Shah Alam, Shah Alam.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Nurul Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya.

Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI