fbpx

Lelaki nyaris digilis kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prateek berada dalam keadaan selamat selepas terjatuh di bawah kereta api yang sedang bergerak. – SWNS

NEW DELHI, INDIA – Seorang lelaki di India selamat selepas terjatuh di bawah kereta api yang sedang meluncur laju di landasan, lapor laman berita ABC Fox semalam.

Prateek Kumar, ketika kejadian dikatakan turun sebentar daripada  gerabak kereta api tersebut untuk membeli biskut dan minuman apabila ia berhenti di stesen Bagaha, daerah Champaran Barat, negeri Bihar.

Tren itu bergerak secara tiba-tiba, menyebabkan Prateek melompat untuk naik semula ke atas kereta api.

Bagaimanapun, dia tergelincir lalu jatuh di bawah kereta api yang mula bergerak laju.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, Prateek dilihat berbaring di antara dua trek sambil kereta api bergerak di atasnya.

Seorang pegawai polis yang berada di tepi platform memerhatikan situasi cemas itu sambil menanti tren melepasi Prateek dengan penuh debaran.

“Dia berhati-hati dengan pergerakannya dan berbaring kaku ketika menanti kereta api melintasinya.

“Sejurus tren itu melaluinya, pegawai polis, Harishchandra Yadav dengan pantas turun ke landasan dan menyelamatkan mangsa.

“Prateek mengalami cedera ringan serta sebahagian pakaiannya terkoyak disebabkan insiden itu,” kata seorang saksi.

Beberapa saksi di tempat kejadian kemudian memberikan tuala kepada Prateek dan membawanya ke hospital.

Insiden itu berlaku pada 29 September lalu ketika Prateek dalam perjalanan di antara Bettiah dan New Delhi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI