fbpx

Kerajaan tanggung subsidi keperluan rakyat sehingga RM81 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra bersama hadirin pada majlis penutupan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2023 di SICC, malam tadi. - Foto IHSAN JABATAN PENERANGAN

KOTA KINABALU – Sebanyak RM81 bilion subsidi dijangka ditanggung kerajaan tahun ini demi kesejahteraan rakyat termasuklah subsidi elektrik, minyak dan makanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mengurangkan subsidi bukanlah satu pilihan untuk dilaksanakan kerajaan meskipun angka itu agak tinggi.

Beliau berkata, hal ini kerana langkah itu akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah.

“Bagaimanapun, kerajaan perlu mengemukakan satu dasar yang lebih ampuh dan realistik untuk menyelamatkan ekonomi negara iaitu melalui rasionalisasi pemberian subsidi.

“Apa langkah yang kita lakukan…baru-baru ini, yang pertama ialah elektrik. Elektrik itu hanya satu peratus terkaya sahaja dibatalkan subsidi, maka mereka bayar harga pasaran, manakala 99 peratus rakyat tidak terkesan.

“Kemudian haji, selama ini Tabung Haji beri kepada semua jemaah haji, maka baru-baru ini saya minta Tabung Haji kaji semula (dan) orang kaya yang berpendapatan RM1 juta satu bulan, RM10,000 satu bulan tidak perlu mendapat subsidi. Mereka mendapat haji mabrur dengan keupayaan mereka.

“Namun subsidi untuk rakyat terpaksa diteruskan dan sebab itu tahun ini kita perkenalkan rasionalisasi ini,” katanya berucap pada Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam Sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) malam tadi.

Perdana Menteri turut mengakui dengan jumlah subsidi yang begitu besar tiada negara yang mampu untuk bertahan tanpa melaksanakan tindakan ke arah mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan.

“Umpamanya minyak puluhan bilion ringgit satu tahun subsidi dan harga minyak hari ini, harga minyak di Malaysia lebih murah daripada Arab Saudi.

“Saya tahu rakan lama saya hari ini berkata ‘menang esok minyak turun’ tetapi (kenyataan) ini Anwar Ibrahim dulu yang diumum pada 2008. Pada tahun itu harga minyak Arab Saudi 50 sen dan kita melihat ada keperluan harga minyak turun.

“Sekarang kos meningkat berkali ganda dan harga minyak di Arab Saudi umpamanya lebih tinggi dari di Malaysia. Harga minyak termurah sekarang iaitu Brunei yang dulunya jauh lebih murah, tetapi sekarang rendah sedikit berbanding harga di Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI