fbpx

JDT jinakkan BG Pathum United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF AIMAN mengawal bola daripada pemain BG Pathum United ketika membantu JDT menang 4-2 pada aksi ACL kelmarin. – JOHOR SOUTHERN TIGERS

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari mengakui bangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya apabila melakar kemenangan 4-2 ke atas BG Pathum United pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) kelmarin.

Pada aksi di Stadium Pathum Thani itu, skuad Harimau Selatan berjaya meraih tiga mata berharga hasil dua gol jaringan Arif Aiman Hanapi, Bergson da Silva dan Juan Muniz, manakala dua gol tuan rumah diledak oleh Victor Cordozo.

Kata Solari, semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh barisan pemain wajar dipuji kerana bukan mudah untuk meraih kemenangan di pentas tertinggi Asia terutama menentang naib juara liga Thailand musim lalu.

“Ini adalah perlawanan yang cukup penting buat kita selepas apa yang berlaku pada aksi pertama apabila tewas kepada Kawasaki Frontale.

“Barisan pemain telah buktikan bahawa mereka mampu mempamerkan corak permainan menarik di peringkat tertinggi Asia dan sudah tentu kita bangga apabila melakar kemenangan terutama di tempat lawan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Mengulas lanjut, pengendali import dari Argentina itu turut percaya keputusan itu menghidupkan peluang sasaran pasukan layak ke pusingan kalah mati andai meraih keputusan positif pada aksi ketiga bertemu Ulsan Hyundai nanti.

“Saya harap kita kekalkan momentum yang sama ketika aksi di Korea Selatan nanti. Andai kita boleh mempamerkan intensiti yang sama, mungkin tidak mustahil sasaran untuk mara ke peringkat berikutnya berjaya dicapai.

“Anda boleh lihat bagaimana pasukan lawan tidak dapat mengekang asakan bertali arus yang kita lakukan menerusi Arif, Muniz dan Heberty sepanjang perlawanan kali ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI