JAKARTA – Belum sampai sebulan mendirikan rumah tangga, seorang isteri muda di Kota Bogor dilaporkan hilang sejak Ahad lalu, lapor portal berita Tribunnews hari ini.
Suaminya yang dikenali sebagai Mustofa masih lagi belum dapat menghubungi telefon bimbit isterinya, Fitri Sandayani.
Menurut jiran Mustofa, Fitri Sandayani menunggang motosikal bersama rakan perempuannya menuju destinasi yang tidak diketahui.
Mustofa menyatakan bahawa isterinya keluar tanpa keizinannya dan dia keluar rumah mereka selepas solat Isyak.
Menurutnya, Fitri juga membawa beberapa barang perhiasan ketika keluar rumah manakala dia telah membuat laporan polis tentang kehilangannya.
Ketua polis tempatan, Rizka Fadila menyatakan bahawa pihaknya masih melakukan siasatan manakala laporan kehilangan diterima di Balai Polis Sareal. – AGENSI