fbpx

Hati Tyo, pemain dram Dewa 19 sudah dimiliki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TYO NUGROS bersama wanita dipercayai teman wanitanya.

NAMPAKNYA ramai peminat masih belum ‘move on’ dengan ketampanan wajah pemain dram Dewa 19, Tyo Nugros yang tetap ‘ganteng’ pada usia mencecah 53 tahun.

Malah, raut mukanya persis artis K-pop membuatkan ramai wanita tidak keruan sepanjang Konsert Dewa 19, A Night At The Orchestra Chapter 5 Jumaat lalu. Selautan ‘Baladewi’ umpama terkena histeria setiap kali paparan wajahnya terpampang di skrin.

Bekas anggota band ikonik itu pada awalnya disangka masih solo, tetapi selepas risikan peminat tegar Malaysia, ternyata idola ramai itu sudah beristeri.

Dia memilih model yang berbeza usia 23 dengannya bernama Dee Adnan dan kini hidup bahagia.

Ramai tidak tahu Tyo mempunyai kekasih jelita kerana mereka jarang memuat naik gambar bersama tetapi difahamkan hubungan cinta mereka sudah berusia tiga tahun.

Sama ada sudah berkahwin atau mereka masih melalui waktu indah percintaan, kedua-dua perkara ini diharap tidak membuatkan peminat kecewa.

Mizz Lahar: Ada kawan bisik di telinga seorang pelakon cantik cuba goda rockers ternama. Awas!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI