fbpx

Hantu serata dunia ‘serbu’ Sunway Lagoon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terdapat juga hantu yang diinspirasikan daripada mitos tempatan seperti pocong.

SAAT melangkah masuk ke Night of Fright 9 (NOF9), pelbagai karakter hantu dari seluruh dunia kelihatan berkeliaran di pekarangan Taman Tema Sunway Lagoon di Subang Jaya, Selangor.

Ada hantu akan menyergah secara tiba-tiba, manakala sesetengah lagi berjalan perlahan sambil merenung tajam ke arah pengunjung.

Suasana seram tersebut ditambah lagi dengan suara jeritan orang ramai dan ‘ngilaian’ karakter hantu yang jelas kedengaran dari pelbagai sudut.

Bagi peminat filem Coco terbitan Pixar Animation Studios, kehadiran hantu ‘llorona’ yang berdiri kaku di sebelah hiasan diinspirasi daripada filem tersebut pasti membuatkan mereka rasa seram sejuk.

Semakin jauh pengunjung melangkah, semakin banyak karakter hantu yang dijumpai termasuk daripada mitos tempatan seperti toyol, pocong, jin dan pontianak.

Kepada mereka yang baharu sahaja menonton The Nun II, karakter ‘valak’ dan pengikutnya juga bersedia menaikkan bulu roma pengunjung.

Menurut Penolong Pengurus Besar Pemasaran dan Pengalaman Taman Tema Sunway Lagoon, Michelle Soong, karakter hantu pada tahun ini lebih muhibah.

“Karakter hantu yang disediakan pada NOF9 sangat muhibah. Selain hantu-hantu Barat, kami juga sertakan karakter yang diinspirasikan daripada mitos dan legenda tempatan.

“Kami sedar masyarakat Asia sangat menggemari mitos dan legenda dari rantau ini.

“Jadi, kami buat keputusan untuk masukkan sekali karakter tersebut ke dalam tarikan tahun ini,” katanya.

Pada tahun ini, NOF9 menawarkan lapan rumah hantu dengan 11 tarikan taman tema, dua zon menakutkan, dua pentas persembahan serta teater Scarytales yang baharu dan lebih besar.

Antaranya tema rumah hantu kegemaran umum dari tahun-tahun sebelumnya adalah seperti Hammer Icons of Horror, The Asylum, Horrorwood Studios dan Lucha Libre in UV3D.

Rumah hantu di NOF9 penuh dengan aksi jump scare buat pengunjung.

Selain itu, terdapat empat tarikan baharu seperti Texas Chainsaw Massacre, Animalium, The Legend Of Sweeney Todd: Barbershop Killer Of Fleet Street dan Murder At Madame Zhu’s.

Untuk pengetahuan, kelapan-lapan rumah hantu yang tersedia memiliki tahap keseraman berbeza.

Pengerusi Bersama dan Pengarah Kreatif Global Sudden Impact! Entertainment, Lynton V. Harris berkata, perbezaan tersebut membolehkan semua lapisan masyarakat menikmati NOF9 mengikut tahap keberanian mereka.

“Tidak semua orang mahu masuk ke dalam rumah hantu Texas Chainsaw Massacre yang memiliki elemen seram dan kejam. Oleh itu, kami menyediakan pilihan rumah hantu yang diselitkan unsur lucu seperti Lucha Libre.

“Dengan ini, kesemua pengunjung daripada pelbagai tahap keberanian dapat menikmati NOF9,” ujarnya.

NOF9 membuka pintunya kepada pengunjung pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pukul 7.30 malam hingga 11.30 malam.

Program berakhir sehingga 31 Oktober itu diadakan bersempena Halloween serta terbuka kepada pengunjung berusia 13 tahun dan ke atas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI