fbpx

Facebook, Instagram mahu kenakan bayaran bulanan jika tidak mahu iklan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pengawal keselamatan berdiri di hadapan papan tanda Meta di ibu pejabat platform itu di Menlo Park, California pada 2 Februari lalu. – AFP

WASHINGTON – Meta menimbang langganan bulanan untuk pengguna Facebook dan Instagram yang tidak mahu data mereka digunakan dalam iklan diperibadikan, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ). 

Idea tersebut merupakan jalan penyelesaian kepada undang-undang privasi ketat Kesatuan Eropah(EU). 

Di bawah pelan itu, Meta akan mengenakan caj €10 sebulan (RM49.70)  untuk pengguna komputer meja menggunakan sama ada Facebook atau Instagram dan  €6 (RM29.90) lagi bagi setiap akaun tambahan. 

Pengguna telefon bimbit akan membayar €13 (RM64.60) untuk mengakses sama ada Facebook atau Instagram dan meningkat kepada €19 (RM94.50) jika kedua-duanya sekali, demikian menurut WSJ.

Mereka yang memilih untuk tidak membayar masih boleh menggunakan kedua-dua aplikasi berkenaan tetapi akan ditampilkan dengan iklan diperibadikan berdasarkan aktiviti carian masing-masing.

Pengawasan aktiviti pengguna menjadi titik perbalahan antara Meta dan pihak berkuasa EU.

Facebook sahaja dikatakan mengumpulkan sekitar 52,000 data bagi setiap pengguna.

Pengguna secara automatik memilih fungsi lalai untuk ciri tersebut melainkan mereka mengisi borang kebenaran yang panjang dan  ‘tersembunyi’ dalam seksyen  ‘bantuan’.

Borang itu hanya disediakan sejak April lalu dan diperkenalkan bagi mematuhi keputusan pihak berkuasa kawal selia EU pada Disember 2022.

Sejak itu, Mahkamah Keadilan EU memutuskan bahawa Meta perlu mendapatkan persetujuan pengguna sebelum mengumpulkan data mereka dan memberi masa kepada platform tersebut sehingga November 2023 untuk pematuhan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI