fbpx

Doktor maut, kereta bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN lori dan kereta mangsa selepas bertembung di Jalan Krubong, Cheng, Melaka.

MELAKA- Seorang doktor yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya maut selepas kereta dipandu terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori di Jalan Krubong di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Sandeep Singh Panthlia, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Naza Forte dalam perjalanan dari Alor Gajah menuju ke Klebang Besar melalui Jalan Krubong.

“Sebaik tiba di tempat kejadian kereta mangsa telah terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun, datang dari arah Bukit Rambai menuju ke tempat kerjanya di Krubong.

“Akibat rempuhan tersebut mangsa disahkan maut di tempat kejadian sementara pemandu lori mengalami kecederaan di kepala, tangan serta hidung dan dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Christopher, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI