fbpx

Bunuh, ikat tiga mayat: Motif pembunuhan dipercayai wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allaudeen berkata siasatan berhubung pembunuhan tiga lelaki warga Sri Lanka selesai. Foto: ISKANDAR ISHAK/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kes pembunuhan tiga lelaki warga Sri Lanka yang ditemui dalam keadaan bertindih serta diikat di sebuah rumah di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Kuala Lumpur, 22 September lalu, dipercayai mempunyai kaitan dengan wang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, sepasukan polis dari D9 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur dan D9 Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul telah menjalankan operasi di sekitar Kawasan Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Hulu Langat Selangor.

Ujarnya, hasil dari maklumat dan risikan yang dijalankan telah berjaya menangkap seramai lapan suspek warga asing, dimana tujuh lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 22 hingga 47 tahun.

Dua suspek (B1 dan B2) iaitu ibu bapa salah seorang mangsa telah ditahan ketika kejadian, empat individu yang memberi perlindungan kepada suspek utama manakala dua lagi (B7 dan B8) dicekup sekitar Hulu Langat.

Katanya, semakan rekod mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau dan saringan ujian air kencing bagi kesemua suspek adalah negatif.

“Seramai empat suspek (B1, B2, B7 Dan B8) telah dituduh di Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana telah bersama-sama melakukan pembunuhan.

“Motif kejadian kita percaya melibatkan wang sama ada berkait dengan bayaran dan sebagainya.

“Sementara itu, empat lagi suspek telah dibebaskan dan salah seorang daripadanya telah dijadikan saksi pendakwaan,” ujarnya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut mengalu-alukan sebarang maklumat dari orang ramai berkaitan dengan kes ini dengan menyalurkan maklumat terus ke Bilik Gerakan Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 0585 atau mana-mana balai berdekatan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis menegaskan kematian seorang suspek dalam tahanan tidak menjejaskan siasatan kes pembunuhan kejam tiga warga Sri Lanka, di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan membabitkan suspek berusia 43 tahun sudah berada di peringkat akhir.

“Berhubung kematian suspek kelmarin, siasatan ke atasnya hampir selesai dan tidak menjejaskan siasatan. Kita jangka akan selesai dalam minggu ini.

“Siasatan penuh berhubung kematian suspek juga sudah diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,”katanya pada 2 September lalu.

Sebelumnya, JIPS Bukit Aman mengesahkan seorang lelaki Sri Lanka berusia 43 tahun meninggal dunia ketika berada dalam tahanan di Lokap Berpusat di Jinjang, Sentul pada 11 malam 30 September. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI