fbpx

Banjir kilat di India ragut 14 nyawa, 120 hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ dikeluarkan oleh Tentera India menunjukkan sebatang jalan ditenggelami air di Lembah Lachen, Sikkim semalam. – AFP

NEW DELHI, INDIA – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh, manakala 120 lagi hilang selepas banjir kilat melanda timur laut India semalam, lapor akhbar The Sun.

Hujan lebat secara tiba-tiba berlaku sekitar waktu tengah malam di kawasan Tasik Glasier Lhonak, utara negeri Sikkim, menyebabkan aliran air luar biasa di sepanjang Sungai Teesta.

Senarai individu hilang termasuk 23 anggota tentera India yang kini sedang dicari dalam operasi menyelamat yang berbeza.

“Seramai 23 anggota tentera dilaporkan hilang serta beberapa kenderaan turut tenggelam di bawah lumpur.

“Sekurang-kurangya 82 orang awam hilang. Setakat ini, 10 mayat telah dijumpai dari pelbagai lokasi,” kata seorang jurucakap pertahanan.

Gambar yang dikongsikan di media sosial menunjukkan sungai mengalir melalui bukit dan memasuki kawasan perumahan di Lembah Lachung.

Beberapa pangkalan dan kemudahan tentera juga dilaporkan rosak.

Banjir kilat turut menghanyutkan empangan Teesta-III berhampiran Chunthang dan menyebabkan sekurang-kurangnya enam jambatan lain di atas Sungai Teesta runtuh.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengurusan Bencana Sikkim, Prabhakar Rai berkata, Sikkim Utara telah terputus hubungan dengan negeri-negeri lain.

Menurut pegawai kerajaan, kira-kira 15,000 penduduk yang tinggal di kawasan sekitar berkemungkinan terjejas, manakala sekurang-kurangnya lapan jambatan utama di sepanjang tebing Sungai Teesta telah dihanyutkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI