fbpx

Amukan Siam Paragon: Remaja 14 tahun didakwa membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis berkawal di luar pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok kelmarin. – AFP

BANGKOK, THAILAND – Suspek remaja yang menembak mati dua orang di sebuah pusat beli-belah di Thailand berdepan enam pertuduhan termasuk melakukan pembunuhan terancang, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Remaja lelaki berusia 14 tahun itu ditahan kelmarin sejurus selepas melepaskan beberapa das tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon yang merupakan lokasi popular di pusat bandar Bangkok.

Seorang warga China dan Myanmar terbunuh, manakala lima lagi termasuk tiga rakyat tempatan dan masing-masing seorang warga China serta  Laos cedera.

Mejar Jeneral (polis)  Nakarin Sukhonthawit berkata, suspek dibawa dari balai polis Pathum Wan tempat  dia ditahan ke sebuah mahkamah juvana di Bangkok untuk mendengar pertuduhan.

“Ia termasuk pembunuhan terancang, cubaan membunuh, memiliki senjata api secara haram, membawa senjata api ke tempat awam tanpa kebenaran dan menembak di kawasan awam tanpa kebenaran,” kata Nakarin.

Suspek juga dilaporkan mempunyai masalah mental. Nakarin berkata, doktor memaklumkan bahawa remaja itu tidak berada dalam keadaan yang sesuai untuk disoal siasat semalam.

Masih belum jelas dari mana suspek memperoleh senjata api yang digunakan dalam insiden tersebut atau motif dia melepaskan tembakan rambang tetapi kata Nakarin berkata, suspek menggunakan pistol yang diubah suai dan dibeli secara online.

“Pistol yang diubah suai ini boleh didapati secara meluas di internet. Kami sedang menyiasat di mana dia membeli senjata ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Thailand, Jeneral (polis)  Torsak Sukvimol memberitahu pemberita kelmarin bahawa suspek menyerah diri selepas melepaskan tembakan dan masih mempunyai peluru ketika ditahan.

“Apa-apa perkara berkaitan isu peribadinya, kami tidak boleh bercakap tentang itu kerana dia masih muda,” kata Torsak sambil menambah, suspek mempunyai masalah mental dan dirawat di Hospital Rajavithi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI