fbpx

Agrobank umum pengecualian transaksi Duitnow QR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agrobank melaksanakan Kempen DuitNow QR BIZ Tanpa Tunai bermula pada 1 Oktober 2023 hingga 31 Januari 2024. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengurusan Agrobank mengumumkan pengecualian caj ke atas peniaga yang menerima pembayaran menggunakan platform kod Duitnow QR berkuatkuasa bermula pada 1 Oktober 2023 sehingga dimaklumkan kelak.

Ianya terpakai kepada semua peniaga di bawah rangkaian Agrobank sedia ada mahupun yang baharu.

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Agrobank buat masa ini masih tidak mengenakan sebarang caj transaksi ke atas peniaga yang menggunakan kemudahan Duitnow QR sehingga diberitahu kelak.

”Semua peniaga boleh terus menggunakan perkhidmatan pembayaran Duitnow QR tanpa ragu seperti sediakala kerana tiada apa-apa caj dikenakan buat masa ini.

“Apa yang pasti, sebarang perubahan akan dimaklumkan terdahulu lebih awal kepada para peniaga,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, langkah proaktif yang dilaksanakan Agrobank ini adalah bagi memberi kesedaran sambil mewujudkan keselesaan terhadap para pengguna Perbankan Mudah Alih AGRONet untuk terus menggunakan perkhidmatan dengan yakin dan menggunakan DuitNow QR untuk sebarang urusan pembayaran secara tanpa tunai.

DuitNow QR ditubuhkan di bawah Rangka Kerja Pemindahan Kredit Saling Boleh Kendali (Interoperable Credit Transfer – ICTF) Bank Negara Malaysia (BNM).

PayNet, sebuah penyedia rangkaian pembayaran dan infrastruktur utama bagi pasaran kewangan di Malaysia yang dimiliki oleh BNM dan konsortium terdiri daripada 11 buah bank tempatan diberi mandat menjalankan QR standard saling boleh kendali dan umum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI