PETALING JAYA – Orang ramai hiba melihat kegigihan pasangan warga emas menunggang motosikal ketika menunggu pesanan makanan.
Menerusi perkongsian itu, si isteri dilihat membonceng motosikal suaminya dan menunggu dengan tenang.
Seorang pengguna media sosial @SeRRA, pasangan dua sejoli ini sering bersama ke mana sahaja walaupun sekejap.
“Saya kenal pak cik ini. Mereka selalu bersama dan suaminya itu sering memakaikan topi keledar kepada isterinya,” komen seorang lagi netizen.
“Di TikTok ini boleh lihat kesulitan untuk kelangsungan hidup yang dihadapi rakyat Malaysia. Semoga mereka dikurniakan rezeki yang tidak putus seperti air zam zam,” komen seorang netizen.
Bagaimanapun, video berdurasi 11 saat itu juga memperlihatkan netizen meluahkan rasa berang membiarkan orang tua itu menunggu lama.
“Kita ni kalau membuat pesanan Grab, turunlah awal untuk ambil makanan. Kadang-kadang kesian juga penghantar pesan Grab tunggu kita lama,” komen netizen.
“Walaupun kosong, tapi bag Grab tu berat tau,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
@ayiebenzo Ya Allah sedihnya tengok…miga pakcik dengan makcik ni dimurahkan rezeki #ayiebenzo #ayiebenzo #fypシ゚viral ♬ Lewat semesta YOGIE NANDES – Yogie Nandes