fbpx

[VIDEO] Penyokong JDT kena serang penyokong BG Pathum di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan keadaan ketika penyokong JDT diserang penyokong BG Pathum

PETALING JAYA – Penyokong setia pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan detik cemas apabila diserang penyokong BG Pathum United selepas berakhirnya aksi antara kedua-dua pasukan itu, malam tadi.

Melalui beberapa video yang tular di media sosial, difahamkan penyokong JDT yang digelar ‘Boys Of Straits’ diserang sekumpulan penyokong tuan rumah sehingga berlaku kekasaran dan ada juga yang membakar mercun.

Melalui rakaman tersebut, penyokong JDT dilihat sedang berjalan di luar Stadium Leo sebelum diserang secara tiba-tiba.

Video berkenaan tular tidak lama selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi detik cemas ketika berada di hotel berhampiran pusat beli-belah Siam Paragon Mall di Bangkok, Thailand di mana telah berlaku insiden tembakan rambang yang mengorbankan dua orang semalam.

Tunku Ismail juga terpaksa melupakan hasrat untuk menonton aksi itu apabila dibawa terus ke kedutaan bagi melindungi keselamatan keluarganya.

Terdahulu, dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL), JDT melakar kemenangan 4-2, sekali gus menghadiahkan tiga mata maksimum buat pelawat dalam aksi Kumpulan I saingan itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI