MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mempertahankan penjaga gol, Andre Onana selepas pasukannya tewas 2-3 kepada kelab Turki, Galatasaray pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.
Kekalahan tersebut mnyaksikan The Red Devils dibolosi 20 jaringan dalam 10 aksi terakhir selain turut menjadi salah satu punca kekalahan pasukan di Stadium Old Trafford itu.
“Tiada alasan tetapi mungkin kami tidak dapat membariskan benteng terbaik sehingga terpaksa meletak Sofyan Amrabat sebagai bek kiri.
“Apa yang pasti, saya tidak risau dengan prestasi Onana kerana dia adalah penjaga gol yang hebat,” katanya.
Pada perlawanan itu, skuad The Red Devils meraih gol menerusi dua jaringan Rasmus Hojlund, manakala pasukan pelawat meledak hasil sentuhan Wilfried Zaha, Muhammed Kerem dan Mauro Icardi untuk meraih tiga mata penuh. – KOSMO! ONLINE