fbpx

TYT Pulau Pinang lawat MSAM 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fuzi (dua dari kiri) dan Arshad (kiri) meneliti replika Menara 118 di MSAM 2023 di Setia Fontaines, Bertam, hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN/Kosmo!

SEBERANG PERAI – Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak mengadakan kunjungan ke Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Setia Fontaines, Bertam di sini, hari ini.

Ketibaan beliau di pekarangan tapak pameran pada pukul 5 petang tadi disambut Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri, Datuk Law Choo Kiang.

Ahmad Fuzi memulakan sesi lawatannya dengan mengadakan ‘walkabout’ ke reruai PNB dan melihat pameran yang memaparkan pelbagai informasi antaranya sejarah dan maklumat berhubung penubuhan PNB.

Beliau juga meluangkan masa bertemu dengan pasukan petugas karnival literasi kewangan terbesar itu yang membabitkan 50 reruai terdiri daripada Rakan Premier, Rakan Utama dan Rakan.

Antara rakan korporat yang menyertai karnival terbabit termasuklah Maybank, Sime Darby Plantation Berhad, UMW Hol­dings Berhad dan S P Setia Berhad.

Dalam pada itu, beliau turut merasmikan beberapa program yang berlangsung secara serentak antaranya Jom STEM: Bicara Geo Bersama Persatuan Geologi Malaysia dan Penyerahan Zakat MIDF.

Ahmad Fuzi juga berkesempatan mencuba kenderaan elektrik (EV) di ruang pameran UMW dan Sime Darby.

Bertemakan ‘Bijak Melabur, Santai Berhibur’, MSAM 2023 yang julung kalinya dianjurkan secara hibrid bertepatan dengan aspirasi PNB untuk meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bermula dari 30 September sehingga 8 Oktober ini, pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM1.4 juta de­ngan hadiah utamanya adalah rumah teres di Setia Fontaines, kereta BYD Atto 3 Standard Range dan Toyota Vios 1.5G AT.

Tahun ini, MSAM 2023 menyasarkan 150,000 pengunjung dari seluruh Pulau Pinang dan negeri-negeri berhampirannya iaitu Kedah, Perlis dan Perak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI