fbpx

Polis siasat video tular “derhaka ibu”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar di media sosial seorang aktivis selepas laporan dibuat di Balai Polis Teluk Kemang, di sini, malam tadi.

PORT DICKSON – Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung video tular bertajuk ‘Derhaka Ibu’ yang dimuat naik seorang aktivis Yusuf Azmi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya telah mengesan video berkenaan pada pukul 4.30 petang semalam berkenaan seorang lelaki telah melakukan kekerasan terhadap seorang warga emas.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, rakaman video itu dibuat rentetan satu kejadian berlaku pada 28 September lalu kira-kira pukul 9.28 malam melibatkan selisih faham antara adik beradik kepada warga emas tersebut di Taman Pertama Port Dickson.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan dan kini sedang memanggil saksi-saksi untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes ini,” katanya hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI