fbpx

Piala AFC: Terengganu FC, Bali United sama hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain TFC meraikan jaringan yang dilakukan oleh Syahmi Zamri pada aksi Piala FC di Bali, Indonesia sebentar tadi. - Foto ihsan Facebook TFC

PETALING JAYA – Pasukan Terengganu FC (TFC) berjaya raih mata berharga selepas mengikat kelab Indonesia, Bali United 1-1 pada aksi peringkat Kumpulan G saingan Piala AFC sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali itu, skuad Sang Penyu membariskan kesebelasan terbaik dengan kehadiran pemain import seperti Adisak Kraisorn, Sony Norde dan Habib Harron.

Namun, kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan corak permainan berhati-hati pada separuh masa pertama dengan TFC lebih banyak mendominasi perlawanan.

Bersambung pada separuh masa kedua, TFC yang dikendalikan oleh Tomislav Steinbruckner dikejutkan dengan gol pasukan tuan rumah menerusi ledakan Privat Mbarga pada minit ke-54.

Tersentak dengan gol tersebut, pasukan pelawat menggandakan asakan dan berjaya meraih gol penyamaan hasil jaringan pemain gantian, Syahmi Zamri pada minit ke-84.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan TFC dan Bali United kini berkongsi status selaku pendahulu Kumpulan G dengan mengutip empat mata selepas mengharungi dua perlawanan.

Pada satu lagi aksi Kumpulan G, kelab Australia, Central Coast Mariners berjaya menewaskan wakil Filipina, Stallion Laguna 9-1 di New South Wales petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI