fbpx

Penduduk Langkawi kecewa tiada 5G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk menunjukkan telefon bimbitnya yang telah mendapat liputan 5G di Padang Matsirat, Langkawi, semalam.

LANGKAWI – Tahap liputan internet di pulau peranginan ini didakwa masih belum mencapai rangkaian 5G di kebanyakan kawasan terutama di luar kawasan tumpuan pelancong.

Tinjauan di beberapa lokasi di pulau ini mendapati, kebanyakan penduduk hanya menikmati perkhidmatan itu di lokasi tertumpu seperti di Pekan Kuah dan di jalan-jalan utama sahaja.

Penduduk Kampung Ulu Me­laka, Mohd. Ali Saidan, 38, ber­kata, dia akan mendapat liputan 5G apabila berada betul-betul berdekatan dengan jalan utama.

“Kalau saya bersarapan di kedai tepi jalan besar, selalunya saya akan dapat 5G yang tidak dinafikan sangat laju.

“Tetapi apabila saya kembali ke rumah yang terletak tidak sampai 100 meter (m) dari jalan besar, liputan internet menjadi sangat tidak stabil, sehingga ada kalanya saya tidak dapat membuat panggilan telefon,” ujarnya.

Bagi penduduk yang tinggal di kawasan Chenang, Mohd. Farizal Padzil, 45, berkata, dia mula mendapat liputan 5G sejak beberapa bulan lalu.

“Saya dapat merasakan perbezaan ketara daripada segi kelajuan internet sejak mula mendapat liputan 5G di sini.

“Namun begitu, liputan yang ada sangat tidak menentu, terutamanya ketika kawasan ini menjadi tumpuan pelancong dan dipenuhi orang ramai. Telefon menunjukkan liputan adalah 5G tetapi hakikatnya kelajuan internet adalah sa­ngat teruk sehinggakan mesej Whats­App mengambil masa untuk dihantar,” katanya.

Sementara itu, bagi seorang penduduk di Padang Matsirat, Fauzi Abdul Talib, 35, berkata, liputan 5G di kawasan rumah­nya adalah baik.

“Sejak mula dapat 5G, liputan internet menjadi lebih baik dan saya tidak lagi menghadapi masalah dengan capaian internet seperti sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI