fbpx

Peminat wanita pakat nak jadi kekasih Mierul Aiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIERUL AIMAN

PETALING JAYA – Gara-gara pengakuan tentang kriteria wanita idamannya haruslah berkulit kuning langsat dan berdarah campuran (mix), ramai peminat kini berebut-rebut menawarkan diri untuk memenangi hati pelakon popular, Mierul Aiman.

“Berkuning langsat. Dia juga mix (darah campuran) macam ada rencah,” kata pelakon Projek: High Council itu memperincikan kritera wanita yang dicari-carinya untuk dijadikan teman hidup.

Dalam temu bual tersebut, Mierul juga ditebak dengan soalan bagaimana sekiranya aktres Anna Jobling dikatakan wanita menepati ciri-ciri wanita idamannya, pemilik nama lengkap Muhammad Amirul Aiman Norazman itu mengiyakan kenyataan terbabit.

“Boleh dikategorikan juga,” jawabnya pendek tanpa memperincikan dengan lebih lanjut maksud maklum balas diberikan.

Impaknya, rata-rata peminat wanita mula berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya dengan mengaku mereka mempunyai darah campuran.

“Nasib saya ada darah campuran. Bolehlah ada peluang,” kata peminat.

“Jangan malu-malu untuk huraikan lagi ciri-ciri wanita idaman. Saya cukup semua pakej,” ujar pengikut.

Sejak naskhah Projek: High Council meletup, Mierul menjadi kegilaan malah bentuk rahangnya yang runcing membuatkannya berada dalam kategori wajah model antarabangsa.- HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI