fbpx

[VIDEO] Pemandu BMW lawan arus dakwa salah jalan, panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu Perodua Bezza dilaporkan selesai menjalani pembedahan memotong bahagian usus kecil akibat kecederaan yang dialaminya, semalam.

GEORGE TOWN – Pemandu kereta BMW yang tular memandu secara melawan arus sehingga merempuh sebuah kereta Perodua Bezza di susur keluar Jambatan Pulau Pinang, Ahad lalu mendakwa tersalah jalan dan panik semasa kejadian berlaku.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil siasatan awal, pemandu wanita yang bekerja sebagai pegawai bank di negeri ini mengatakan yang dia telah memasuki laluan melawan arus di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ketika dalam perjalanan pulang kira-kira pukul 12 tengah malam.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu keluar dari sebuah restoran yang terletak di Persiaran Karpal Singh di Jelutong.

“Dia (pemandu BMW) mengatakan tersalah jalan, maksudnya masuk laluan melawan arus di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu dan menjadi panik, tak tahu berpatah balik dan meneruskan perjalanan.

“Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan mungkin kita akan menilai berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan seumpamanya,” katanya kepada pemberita selepas selesai Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya masih belum merakamkan keterangan lanjut daripada mangsa termasuk pemandu Perodua Bezza berhubung kejadian berlaku disebabkan masing-masing masih dalam pemerhatian doktor.

“Pemandu BMW ditahan di sebuah hospital swasta dan mungkin dalam tempoh dua atau tiga hari lagi akibat kecederaan pada bahagian dada manakala pemandu Perodua Bezza dirawat di wad Hospital Pulau Pinang.

“Hasil maklumat yang diterima pihak hospital semalam mengesahkan pemandu Perodua Bezza terbabit telah menjalani pembedahan memotong usus kecil akibat kecederaan yang dialami,” ujarnya sampel darah pemandu BMW sudahpun diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa kemungkinan mengandungi alkohol, dadah atau lain-lain.

Isnin lalu, Kosmo! Online melaporkan kejadian tular sebuah kereta BMW berwarna putih memandu secara melawan arus kira-kira lima kilometer ke arah susur masuk Jambatan Pulau Pinang sebelum merempuh seorang lelaki yang memandu dari arah Seberang Perai menghala ke pusat bandar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI