fbpx

Pan-gon mahu mentaliti kemenangan kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON mengakui dua aksi di China sebelum ini membuktikan para pemainnya mampu bersaing dengan kelompok pasukan ranking 100 dunia.

SKUAD Harimau Malaya bertekad untuk tampil lebih agresif menjelang kejohanan Pestabola Merdeka dalam usaha menjulang trofi berprestij itu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada minggu depan.

Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon mengakui masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki anak-anak buahnya selain berharap SNBJ menjadi gelanggang keramat dan kebal daripada ditewaskan.

Kata Pan-gon, kejohanan Pestabola Merdeka nanti boleh dijadikan sebagai titik tolak buat pasukan selain persiapan sebelum mengharungi saingan yang lebih penting nanti.

“Bagi Pestabola Merdeka, saya mahu mentaliti kemenangan diteruskan terutama apabila ia dianjurkan di laman sendiri. Saya mahu peminat turun menyokong pasukan memastikan SNBJ sebagai gelanggang kebal.

“Siapa sahaja yang akan kita temui pada perlawanan di laman sendiri nanti, kita dapat tewaskan dengan pamer corak permainan agresif,” katanya selepas mengumumkan senarai 25 pemain ke skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Mengulas lanjut, pengendali import dari Korea Selatan itu optimis pemain memiliki kualiti dan boleh bersaing dengan negara-negara di kelompok ranking 100 terbaik dunia.

“Apa yang pasti, saya percaya dengan kualiti pemain kerana mereka hanya perlu percayakan dengan kebolehan diri kerana potensi yang ada dalam pasukan ini cukup besar.

“Mereka sudah buktikan pada dua aksi antarabangsa bertemu China dan Syria bulan lepas dan harap momentum sama dapat diteruskan kali ini,” katanya.

Skuad Harimau Malaya akan mengharungi saingan Pestabola Merdeka menentang India pada Jumaat, 13 Oktober dan seterusnya berdepan sama ada Palestin atau Tajikistan pada 17 Oktober depan.

25 pemain yang dipanggil dijangka menjalani sesi latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya sejurus berakhir tugas bersama kelab masing-masing pada kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC, Khamis ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI