fbpx

Marshanda sambut ‘bebas kanser’ dengan berhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARSHANDA

PELAKON Marshanda dengan gembiranya mengakui, perjuangannya melawan kanser kini selesai. Dia kini sepenuhnya pulih daripada kanser payudara.

Penyakit yang dihadapi hampir dua tahun itu sebelum ini memasuki tahap empat, malah dianggap sebagai keajaiban jika dapat kembali sihat.

Begitupun, kata pelakon berusia 34 tahun itu, bukan sekadar rawatan moden, dia turut mendapatkan perubatan alternatif selepas menjalani pembedahan.

Usai pembedahan kali pertama, doktor memaklumkan wujud lagi sel kanser yang lebih ganas, tetapi seminggu lalu selepas pemeriksaan semula, sel tersebut sudah hilang.

Biarpun perlu menjalani pemeriksaan berkala, ibu kepada seorang puteri ini bersyukur dengan keajaiban kurniaan Tuhan.

Demi meraikan kesihatan dan memenuhi permintaan anak tunggalnya, Sienna Kasyafani, Marshanda sudah bersedia untuk menempah tiket menonton konsert Taylor Swift di Singapura pada Mac 2024. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI