fbpx

Malaysia dipilih sebagai hab IT serantau Allianz Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven Sim (tengah), Sean Wong (kanan), bersama Ahli Lembaga Allianz SE pada Majlis Perasmian RDC Allianz Technology di Hotel Aloft, hari ini. -Foto oleh ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Allianz Asia Pacific (Azap) komited dalam mengukuhkan perkhidmatan dan keupayaan teknologi informasi (IT) dengan menubuhkan Pusat Penghantaran Serantau (RDC) yang berpangkalan di Menara Allianz Sentral di sini.

Distruktur bersama Allianz Technology SE (AzT), RDC yang memulakan operasi hari ini menyediakan perkhidmatan IT kepada semua entiti operasi Allianz di Asia Tenggara.

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, penubuhan hab IT itu merupakan inisiatif yang baik dimana ia bakal membuka peluang kerjaya dan bidang baharu di Malaysia.

“Hab IT ini bakal mewujudkan lebih kurang 500 pekerjaan berasaskan teknologi yang bergaji tinggi dan ini selaras dengan apa yang kita nak capai menerusi Naratif Ekonomi Madani (NEM) iaitu menaikkan siling dan lantai ekonomi.

“Usaha ini juga supaya Malaysia boleh menceburi bidang ‘knowledge’ (ilmu) ekonomi di mana kita boleh eksport kemahiran teknologi tinggi seperti perkhidmatan IT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran RDC Allianz Asia, di Hotel Aloft, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua pengarah Eksekutif Alianz Malaysia, Sean Wong, Ahli Lembaga Pengurusan Operasi, IT dan Organisasi, Allianz SE, Dr. Barbara Karuth-Zelle serta Ahli Lembaga Pengurusan, Penggabungan dan Pengambilalihan Asia Pasifik, Rakyat dan Budaya, Allianz SE, Renate Wagner.

Dalam pada itu, Steven Sim berharap usaha tersebut dapat menarik lebih banyak pelabur untuk menceburi dalam bidang hab perkhidmatan global.

“Mereka boleh berikan perkhidmatan ‘insourcing’ (sumber dalaman) kepada syarikat-syarikat multinasional (MNC) yang sudah pun bertapak di sini.

“Kita mempunyai potensi ini dan kepelbagaian budaya antara faktor yang menjadikan Malaysia sebagai tarikan selain kebolehan dan bakat sedia ada,” ujarnya.

Sementara itu, Sean Wong berkata, penubuhan RDC merupakan perubahan yang penting dan langkah yang besar untuk Allianz menjadi sebuah organisasi yang lebih cekap dan berpusatkan pelanggan.

“Pusat ini membolehkan kami menyatukan piawaian dan menambah baik penyampaian perkhidmatan IT Allianz di Asia Tenggara.

“Saya rasa amat bangga kerana Malaysia dipilih sebagai hab disebabkan lokasi geografi pusatnya di samping mempunyai tenaga kerja yang berbakat dan kemahiran yang tepat bagi projek ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI