fbpx

[VIDEO] ‘Mahkamah tidak pernah suruh bayar saman kepada pihak ke-3’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian Hafiz di laman TikTok miliknya, @lawyersresponse

PETALING JAYA – Jangan mudah percaya sekiranya menerima panggilan daripada mahkamah yang memerintahkan untuk membayar jumlah saman tertentu kepada mana-mana agensi yang kononnya telah dilantik oleh mahkamah.

Menerusi perkongsian peguam, Hafiz Baharuddin di akaun TikTok @lawyersresponse, panggilan tersebut kemungkinan besar merupakan satu bentuk ‘scam’.

“Baru-baru ini ada sahabat kita yang bertanya, dia ada mendapat satu mesej daripada mahkamah mengatakan bahawa ada saman yang telah didaftarkan di atas namanya.

“Kononnya, mahkamah memerintahkan orang tersebut membayar saman kepada agensi yang telah dilantik oleh mahkamah untuk mengutip wang,” katanya.

Tambah Hafiz, panggilan sebegini terang-terangan adalah ‘scam’ semata-mata kerana mahkamah tidak akan mengutip duit melalui mana-mana syarikat awam atau agensi kerajaan lain.

“Sekiranya ada bayaran kepada mahkamah, anda akan diperintahkan untuk bayar melalui sistem mahkamah.

“Jika ada perintah daripada mahkamah yang meminta anda membayar kepada orang yang menuntut hutang, mahkamah akan sediakan satu perintah yang ada tertera nombor kes beserta nama mahkamah yang mengeluarkan perintah tersebut,” katanya.

Jelasnya, dengan perintah tersebut, orang ramai boleh buat pertanyaan terus kepada pihak mahkamah berkenaan kesahihan saman tersebut.

“Anda boleh telefon mahkamah dan minta untuk periksa kes tersebut. Kemudian, sebutkan nombor kes untuk diperiksa.

“Sekiranya mahkamah mendapati tidak sebarang kes, maksudnya panggilan yang diterima tadi adalah ‘scam’ semata-mata,” katanya.

Nasihatnya, elakkan terlalu percaya dengan sebarang panggilan telefon yang meminta untuk membayar saman terutamanya kepada pihak ketiga.

“Periksa dulu, jangan terus beri duit kepada ‘scammer’ tersebut. Susah nak dapat balik,” pesannya.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 14,900 tanda suka dan 557 komen. – KOSMO! ONLINE

@lawyersresponse SELALU DAPAT CALL dari mahkamah? Betul ke diorang yang call tu? #fyp #call #palsu #scam #mahkamah #abglawyer #tahukahkamu ♬ original sound – Abang Lawyer Hafiz Baharuddin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI