fbpx

Kerjasama Israk, Muafakat perkasa sistem pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASYRAF WAJDI (tiga dari kiri) menyaksikan Ahmad Najib (empat dari kiri) bertukar dokumen MoU pada Majlis Malam Anugerah Muafakat 2023 baru-baru ini.

PETALING JAYA – Penyedia teknologi terkemuka, Israk mengumumkan kerjasama dengan Muafakat dalam Majlis Malam Anugerah Muafakat 2023 yang telah berlangsung pada 23 September lalu dalam usaha memperkasakan sistem pendidikan negara.

Muafakat, sebelum ini dikenali sebagai Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia, ditubuhkan pada 17 Mei 1999 dan menyediakan platform untuk forum serta perkhidmatan yang memberi manfaat kepada kebajikan serta kemajuan pelajar di Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA selama hampir dua dekad.

Muafakat juga memainkan peranan penting dalam mendorong aktiviti ekonomi, membolehkan ibu bapa, guru dan bekas pelajar mengumpulkan dana untuk dialokasikan kepada projek pendidikan MARA.

Menerusi kerjasama berkenaan, Israk selaku pembekal eksklusif menyediakan Smartboard terkini dan kamera media sosial interaktif untuk digunakan pada acara Majlis Malam Anugerah Muafakat.

Penggunaan teknologi berkenaan bertujuan untuk meningkatkan atmosfera pembelajaran dan mempersembahkan kemungkinan alat pembelajaran moden dan media interaktif dalam proses pendidikan.

Ruang interaktif Israk memaparkan papan pintar interaktif yang dilihat mampu meningkatkan atmosfera pembelajaran.

Muafakat mengakui kepentingan memupuk kerjasama serta inovasi dalam bidang pendidikan dan bermurah hati menyediakan ruang untuk mengetengahkan Israk pada malam tersebut.

Ruang itu digunakan sebaiknya sebagai pusat untuk mempamerkan penyelesaian inovatif Israk dan berinteraksi dengan para hadirin.

Pengarah Urusan Israk, Ahmad Najib Habeb berkata, pihaknya sangat gembira untuk berkerjasama dengan Muafakat bagi Majlis Malam Anugerah Muafakat 2023.

“Komitmen Israk terhadap pendidikan adalah kukuh, dan kerjasama ini bukti keazaman kami untuk menyediakan penyelesaian inovatif yang meningkatkan pengalaman pembelajaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Muafakat sentiasa menjadi mercu tumpuan dan sokongan kepada pelajar dan pendidik di seluruh Malaysia.

Demonstrasi papan pintar kepada pengunjung Malam Malam Anugerah Muafakat 2023.

Tambahnya, fokus kepada agenda pembangunan anak bangsa harus dimulakan dengan menyuntik ilmu pengetahuan dan maklumat pendidikan.

“Ini adalah senjata utama untuk melakukan transformasi kepada anak bangsa.

“Seperti yang dibahaskan oleh mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam parlimen dulu, bahawasanya untuk membangunkan anak bangsa tidak ada jalan pintas melainkan dengan ilmu dan pendidikan.

“Ini merupakan cara di mana kita dapat merubah sosio ekonomi di Malaysia dan kerjasama dengan Israk mencerminkan komitmen kami untuk kekal di barisan hadapan dalam teknologi pendidikan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Israk, sila layari www.israk.my. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI