fbpx

Jangan gadai maruah negara sewa premis pada warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peniaga warga asing yang dikesan menjual pelbagai jenis barangan dalam satu premis di sekitar daerah ini. FOTO Facebook MBS.

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun menyifatkan warga tempatan yang membenarkan warga asing menyewa premis perniagaan bagaikan menggadai maruah negara sendiri.

Menurutnya, warga tempatan tidak seharusnya lalai dengan sogokan wang ringgit.

“Kita nak tengok siapa sebenarnya di sebalik warga asing ini. Jangankan disebabkan RM100, RM200, RM1,000, kita lalai dan menggadaikan maruah kita. Ini tidak seharusnya berlaku,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Tambah Aminuddin, satu jawatankuasa akan ditubuhkan dalam usaha mengatasi masalah kewujudan peniaga warga asing khususnya di sekitar Seremban dan Nilai.

Katanya, jawatankuasa itu bakal dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim melibatkan pihak berkuasa serta agensi yang bersesuaian.

“Kita dapat tahu ada peniaga warga asing yang menyebut nama persatuan negara asal mereka dan ini perlu diberikan perhatian yang serius bagi memastikan mereka dapat mengikut peraturan dan undang-undang di negara ini.

“Warga asing ini mohon masuk ke negara ini dengan permit kerja pertanian tetapi mereka di kedai runcit (bekerja) pula. Kita harap isu ini dapat dikawal,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI