fbpx

Insiden Siam Paragon: Suspek remaja celaru emosi, lama tidak ambil ubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja terlibat dikatakan mempunyai emosi yang bercelaru ketika disoal siasat.

BANGKOK – Remaja yang ditahan selepas insiden tembakan rambang di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok, semalam dikatakan mempunyai emosi yang bercelaru ketika disoal siasat.

Ketua Polis Thailand, Torsak Sukvimol berkata, remaja tersebut mendakwa berbuat demikian selepas mendapat arahan daripada ‘seorang lagi yang berupa dirinya’.

“Dia kata ada seorang lagi dirinya yang arahkan siapa untuk ditembak. Dia merupakan pesakit mental di Hospital Rajavithi dan dia tidak lagi mengambil ubat-ubatan yang diberikan kepadanya,” ujar Torsak.

Bagaimanapun, masih belum terjawab bagaimanakah suspek mampu mendapat akses terhadap senjata api berkenaan.

Torsak menambah, kedua-dua ibu bapa remaja itu telah dihubungi oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Kedutaan Malaysia di Thailand, Jojie Samuel berkata, tiada warganegara yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Terdahulu, dua orang terbunuh, kedua-dua wanita dari China dan Myanmar, dan lima yang lain cedera.

Angka tersebut kemudian telah dikemas kini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak tiga kematian.

Semalam Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi detik cemas insiden seorang remaja lelaki berusia 14 tahun melepaskan tembakan di Bangkok Siam Paragon Mall itu.

Baginda dan keluarga berada di tempat kejadian telah berjaya keluar daripada lokasi insiden berkenaan dan selamat pulang ke Johor malam tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI