fbpx

Insiden Siam Paragon: Remaja amuk ubah suai pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengawal pusat beli-belah Siam Paragon Mall selepas seorang remaja melepaskan tembakan di Bangkok, semalam. - AFP

BANGKOK – Seorang remaja Thailand yang disyaki menembak mati dua warga asing dalam insiden di pusat beli-belah Siam Paragon, Bangkok, didapati mengalami gangguan psikologi dan mengubah suai pistol yang digunakan, kata polis hari ini seperti dilaporkan saluran berita Channel News Asia.

Kekecohan tercetus di pusat beli-belah mewah itu semalam dengan orang ramai melarikan diri ketika bunyi tembakan kedengaran.

Dua wanita terbunuh dengan masing-masing dari China dan Myanmar, manakala lima lagi mengalami kecederaan termasuk dua rakyat asing dan tiga warga Thailand.

Remaja yang disyaki bersenjata dan melepaskan tembakan itu berusia 14 tahun dan telah ditahan polis.

Dia dikatakan menerima rawatan psikologi dan tidak mengambil ubat yang ditetapkan pada hari tembakan.

Ketua Polis Thailand, Torsak Sukwimol berkata, para penyiasat sedang meneliti latar belakang remaja terbabit dan akan bercakap dengan rakan-rakannya yang merupakan pemain permainan video online, mengenai keadaan mentalnya.

“Kami perlu menyiasat suspek sama ada dia berkelakuan ganas dan agresif sebelum ini. Suspek mengalami gangguan psikologi dan ia sesuai dengan profil penembak aktif,” kata Torsak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI