fbpx

Insiden Siam Paragon: Ibu mati ditembak, riben rambut kembar penuh darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan darah yang ada pada riben dan beg milik pasangan kembar itu.

PETALING JAYA – Keadaan sepasang kanak-kanak kembar perempuan yang memakai riben rambut dipenuhi darah ibunya yang terkorban dalam insiden tembakan rambang di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok semalam meruntun hati orang ramai.

Ibu kanak-kanak kembar itu, Zhao, 34 merupakan warganegara China dan antara mangsa yang maut selepas ditembak seorang remaja berusia 14 tahun.

Menerusi perkongsian seorang saksi yang turut berada di tempat kejadian, dia terserempak dengan salah seorang anak kepada mangsa yang cuba untuk mendapatkan bantuan.

“Ibu mereka telah ditembak dan tidak dapat menemuinya. Saya cuba sedaya upaya untuk membantu walaupun dengan hanya tinggal 1% bateri pada telefon, saya cuba mendapatkan bantuan.

“Salah seorang adik-beradik mereka bertanya kepada saya, ‘adakah ibu saya akan mati?’. Saya cuba menenangkan mereka dengan berkata ‘Ibu kamu cedera tetapi kamu akan berjumpa dengannya tidak lama lagi.’

“Bagaimanapun, apabila polis tiba, mereka menyampaikan berita menyayat hati kepada adik-beradik itu bahawa ibu mereka sudah meninggal dunia.

“Saya tidak dapat menahan tangisan dengan nasib malang yang menimpa mereka. Kenapa mereka perlu melalui pengalaman yang begitu tragis? Pembunuh itu telah meragut nyawa ibu kepada kanak-kanak kembar,” tulisnya dalam satu hantaran.

Difahamkan, mangsa sedang bercuti selama seminggu di Bangkok bersama keluarga termasuk anak perempuan kembarnya yang berada di tempat kejadian.

Selepas Zhao ditembak, adik-beradik kembar itu cuba meminta bantuan daripada orang lain tetapi malangnya tidak dapat menyelamatkan nyawa ibu mereka, yang akhirnya meninggal dunia akibat kecederaannya.

Terdahulu media antarabangsa melaporkan, seorang remaja berusia 14 tahun diberkas selepas tiga individu terbunuh dalam satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Bangkok hari ini.

Beratus-ratus orang bertempiaran lari di Siam Paragon Mall, yang merupakan sebuah pusat beli-belah mewah di Bangkok, dengan ada daripadanya yang bersembunyi.

Susulan kejadian itu, dua wanita terbunuh dengan masing-masing dari China dan Myanmar, manakala lima lagi mengalami kecederaan termasuk dua rakyat asing dan tiga warga Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI