fbpx

Imej hijau bongkar dadah 5.95kg disorok dalam bagasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazali (dua kiri) menunjukkan dadah yang disorok dalam bagasi yang telah diubahsuai penumpang pada sidang akhbar di Kompleks Kastam Kargo, Sepang hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

SEPANG- Tindakan seorang lelaki tempatan cuba menuntut bagasi di kaunter ‘Lost & Found’ berjaya membongkar kegiatan penyeludupan dadah yang cuba dihantar ke Taiwan.

Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM), Datuk Sazali Mohamad berkata, tindakan itu dibongkar selepas suspek berusia 21 tahun datang untuk mengambil bagasi di kaunter tersebut.

“Ketika bagasi suspek diimbas menggunakan mesin pengimbas oleh pegawai Cawangan Pemeriksaan Penumpang 1 JKDM KLIA, mereka mendapati ada imej berwarna kehijauan.

“Semakan lanjut ke atas objek itu menemui sejumlah dadah dalam kotak permainan serta enam kotak makanan dengan nilai keseluruhannya hampir RM500,000,” katanya pada sidang akhbar khas di sini tadi.

Sazali berkata, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menetap di Lembah Klang itu kemudian ditahan pada pukul 11.20 malam 27 September lalu.

“Rampasan terhadap suspek melibatkan 14 bar mengandungi serbuk putih disyaki heroin seberat 4.95 kilogram (kg) bernilai RM438,000.

“Turut dijumpai lima peket ketulan kristal dipercayai ketamin seberat satu kilogram bernilai RM60,000. Berat keseluruhan dadah dirampas adalah 5.95kg,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI