PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir melibatkan tiga negeri di Semenanjung, pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 11 pagi ini.
Ia melibatkan keseluruhan kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Selangor dan Negeri Sembilan
“Bagi Selangor, hujan lebat diramalkan melanda Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
Manakala, cuacu buruk yang sama di Negeri Sembilan pula akan tertumpu di kawasan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Kuala Pilah,” katanya dalam hantaran sama.
Menurut MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE