fbpx

Bulu dinosaur, burung ada persamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOSIL bulu dinosaur yang digunakan untuk mendapatkan penerangan baharu tentang evolusi bulu.

AHLI paleontologi di University College Cork (UCC), Ireland telah menemui bukti sinar-X protein dalam bulu fosil yang memberi penerangan baharu tentang evolusi bulu.

Kajian terdahulu mencadangkan bahawa bulu purba mempunyai komposisi yang berbeza dengan bulu burung pada hari ini.

Penyelidikan baharu itu mendedahkan bahawa komposisi protein bulu zaman moden juga terdapat pada bulu dinosaur dan burung awal. Ini mengesahkan bahawa kimia bulu berasal lebih awal daripada yang difikirkan sebelumnya.

Menurut ketua penyelidik, Dr. Tiffany Slater, pasukannya menganalisis bulu berusia 125 juta tahun daripada dinosaur Sinornithosaurus dan burung awal, Confuciusornis dari China, serta bulu berusia 50 juta tahun dari Amerika Syarikat.

“Sangat menarik untuk menemui persamaan baharu antara dinosaur dan burung. Untuk melakukan ini, kami membangunkan kaedah baharu bagi mengesan kesan protein bulu purba.

“Kami juga menggunakan sinar-X dan cahaya inframerah. Kami dapati bahawa bulu daripada dinosaur Sinornithosaurus mengandungi banyak beta-protein sama seperti bulu burung pada hari ini,” katanya.

Tambahnya, bagi membantu mentafsir isyarat kimia yang dipelihara dalam bulu fosil, pasukan itu menjalankan eksperimen untuk membantu memahami cara protein bulu terurai semasa proses fosil.

“Bulu burung moden kaya dengan beta-protein yang membantu menguatkan bulu untuk terbang,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI